Chapter 58: mari berbalas pantun

huhu…tetiba sejak dua menjak ni mcm best la plak maen balas2 pantun ni…kn??

(sesi pertama dengan Oliver Marcus Lim)

1st Feb 2011, 2.06 pm (time FB)

mula2 time tu aku mmg dah xde kerja laen la kn…so saja2 la post pantun ni kt wall Oli (nenda)…

pantun utk nenda:

gigihnya Morkge Gege menumbuk lada,
untuk dijual di pasar pagi;
cantik nenda berambut tiada,
cantik lagi aku punya gigi

then dier balas balik:

Cantik korie tidak terperi,
Yakin berposing mentadak sejati;
Gigi cantik berseri-seri,
Rambut alleycats, pilihan hati

pastu asyik dok komen2 x perlu jer…pastu oli tanya aku wat apa??

jawapan aku (v1)

nenda oli botak suka menjaja,
menjaja diri dengan perodua viva;
cucu sekarang di rumah saja,
men”diva”kan diri yang sedia diva.

jawapan aku (v2) –>selepas kena lahar ngan nenda kekdahnya, “haiyoooo, teruknya pemilihan ayat pntun ni!! dgn knyataan yg maha dusta!! kau DIVA??? tibahh”

nenda berangan pergi menjaja,
mama gege ratu propa; **oops
cucunda skang di rumah saja,
menanti kerja dari si “dia”

tapi sesi berpantun kejap jer jadinya…yg lebih2 tu komen2 biasa yg x perlu katanya…

(sesi kedua dengan Azwan Fitri)

yang ni panjang skit…sama gak la sebab mula2 nya…xde kerja nyer pasal…trus msg kt wall…n then si dier ni berani mati tanya ak tgh “cur” ke…

so aku jawab la mcm ni:

nenda oli pakai polident,
supaya gigi palsu tahan lama;
hendak cikcur tidaklah confident,
karena diri ini tidak secantik mama

pastu dier balas mcm ni:

nenda oli pakai polident,
untuk gg cantik macam MAK;
hendak cur x confident,
xper,  pengalaman d **tuut** tetap jadi benchmark

kemudian kami saling berbalas2 pantun kekdahnya….

aku:

angan2 nk ke gua mulu,
sambil2 membaca surat khabar;
**tuut** itu cerita dulu,
awass kau kalau cerita itu tersebar

morkge (^_^):

mulut celaka kena lempang,
padan lah muke aku dah suruh polite;
kalau sejarah seindah **tuut**,
ape lah salah nye sebarkan lite.

aku:

sudah2 la tu main kutu,
2011 kita bukak bisnes baru;
sudah2 la tu bukak cerita itu,
2011 kita mulakan hidup baru

morkge (^_^):

main kutu bukan sebarang kutu,,
kutu di import dari bulu ko;
okep tutup citer tu,
skunk ape citer ko?

aku:

cik zara menjual baja,
cik syisya menjual kaya;
sekarang gue hanya di rumah saja
menjadi suri rumah tangga yang berjaya

morkge (^_^):

masuk malaysia kena seludup,
sekali masuk kena letop;
wah bestnyer idup,
masuk2 keje gaji dah letopss

aku:

dier tu asyik2 carut kita,
dier tu cantik sangat kah?;
mama gege plak apa cerita,
sudah dapat kerja tetap kah?

morkge (^_^):

kena carut terus sentap,
mcm mane x sentap masing2 mulut puaka nie;
xdpt lagi keje tetap,
masih mencuba nasib di area oil n gas nie.

aku:

dengar khabar mengidam apam balik?
ke mengidam nk jumpa azwan ali?
dengar khabar nk masuk utp balik?
benarkah begitu wahai azwan fitri?

morkge (^_^):

telinga capang memang suke dgr khabar angin,,
rambut afromu aku suka lagi;
ikot ati memang teringin,
tapi rezeki x kunjung tiba lagi.

aku:

menarik sungguh tarian samba;
menarik lagi pondan bersopan santun;
indah sungguh pantun2 tuan hamba,
mungkin bleh buat pertandingan berbalas pantun

morkge (^_^):

ari minggu ke jusco kinta,
teserempak pulak dgn perak nye keDEEEEE; (amenda ni?? explain skit)
memang lah indah pantun dicipta,
idea mencurah asil didik Qorie Caridee.

aku:

memang cantik si rama-rama,
asal dari negeri di bawah bayu;
memang keless pantun mama,
sesuai dengan budaya melayu.

jadi sapa2 yg nak main berbalas pantun ni leh la tulis kt wall FB aku…xpun komen jer kt post ni…korang komen pakai pantun…nanti merasa la ak jawab pakai pantun gak…

(p/s: ada rangkap yg aku edit skit2…sama ada nk betulkan tanda baca atau sembunyikan perkara2 yg x perlu org awam tahu….boleh?? **oops)

thought of the day: “What is your problem? Have a sense of humor! Nicole Linkletter

Chapter 57: read in your own language laa…

result exam ak dah submit kt ESU dah…so tunggu jer la kn??

dan disebabkan skang xde benda baru dlm hidup aku ni so far…so ak pun rasa nk letak la sajak ni dlm post ak kali ni…

ya…sajak ni ada dlm buku “Bacalah dalam Bahasamu (Jilid B)”…dan ya, ak ada buku tu…tp skang dlm kotak buku la kekdahnya…buku tu asalnya utk bdk2 yg amik subjek elektif Kesusasteraan Melayu time SPM la..dan tidak, ak x amik subjek tu yer…cuma masa tu ak mcm tertarik plak ngan tajuk buku tu….dan sajak ni pun ada mesej nya yg tersendiri gituu….

nah…ni dier sajak yg ak dok ckp dari td ni:

Sajak
Bacalah Dalam Bahasamu (Baha Zain)

Kata orang negara itu gunung, hutan, tasik, pulau, dan
lautannya
pohon-pohon, daun, mayang, buah, dan akar memberi
kehidupan
tapi itu hanya sebahagian daripada pemandangan yang
sempurna
bagaimana kalau mati angin, hujan, cahaya?
perahu tidak akan belayar, dan perantau hilang
pedomannya

Negaraku adalah mimpi yang indah, mimpi yang besar
negaraku adalah saga dan wira yang menjelajah benua
tapi kata orang, kita tak boleh hidup atas mimpi
kita tak boleh kaya dengan puisi,
kita tak boleh ke syurga dengan industri
kita akan mati, akhirnya mati.

Pantai telah tercemar
hutan rimba jadi belukar
gunung-ganang jadi danau
pulau berubah tebing, dari desa ke bandar
kita telah membuka mata dunia
Malaysia negara kecil, telah jauh ke muka.

Malaysiaku telah menebus kehinaan
merendah, tetapi tidak rendahkan diri
meninggi, tetapi bukan suaranya
kita tidak malu mendengar Bach,
Beethoven atau Kitaro,
membaca Goethe, Mishima, Camus atau Chairil
kita adalah pewaris dan warga dunia yang melihat
Monet, Gaugin, Affandi atau Basuki
kita telah berdiri dan mengenali diri.

Tetapi, kasihan, mimpi kita berlebihan
bacalah Tun Seri Lanang, Zaaba dan Keris Mas
di sanalah terhimpit sejarah dan kepahitan
di sanalah tersirat mimpi dan perlawanan
dilestarikan oleh pantun, syair, seloka dan teka-teki
bacalah, dan bacalah dalam bahasamu
agar kau tidak jadi perantau
yang pulang dengan segala muatan
yang mati angin dan cahaya di lautan.

(sumber asal)

thought of the day: “[crying] Hum, I love you mom, and I’m fine, and everything is beautiful out here, I’m having a blast! [still crying] Felicia “Fo” Porter